my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 07, 2011

Jika blm Bersedia, Cintailah Dia dlm Diam

Jika Belum Bersedia, Cintailah Dia dalam Diam........


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai dia dalam diam...
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya...

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu...
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu...

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya...
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah Allah swt. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...
kekuatan harapan...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya???

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

jika dia memang bukan milikmu, redha lah dengan sebaiknya kerana melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

biarkan 'cinta dalam diammu' menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dan Sang Pemilik hatimu.......


Wallahu'alam.................

dicopypaste dr
SUMBER




p/s:
dialog romantis Fatimah r.a. dgn Ali 
-Fatimah menyatakan kpd Ali bahawa dia pernah mengagumi seorang lelaki sebelum dia mengahwini Ali. Lalu Ali bertanya kepada Fatimah siapakah gerangan lelaki tersebut. Fatimah menjawab, lelaki itu ialah kamu, Ali.
[Ya Allah, if i can get a love like this, i'll be very grateful Ya Allah]


~[janganlah kau tumbuhkan cinta dlm hatiku semata-mata kerana nafsu, Kau tumbuhkanlah cinta dalam hatiku untuk berbakti & mengabdikan diriku di jalan-Mu Ya Allah]~

No comments: