Tuesday, March 30, 2010

list

some list of the works that i need to do:

1-assignment language description
~ done. wait for the submission date.

2-editing macbeth script.
~ banyak weh. penat. need a soul. i only got soul to sing.

3-memorising lines of lennox and the apparitions character.
~ script x siap lagi, xleh hafal lagi.

4-baca novel cecelia ahern and hijab sang pencinta.
~ lpas sume keje tu siap baru buleh bace novel. agak ok baru abis yg mikhail. bez bangat citer tu.

5-forgetting all that happened this past few weeks.
~i hope she will change after this or i become worst. that i dunno.

6-wishing good luck to all my friend who are studying in matriculation that will face their final exam.
~they all nervous gila2 tu. tapi sempat lagi main2. x faham aku dgn budak2 zaman skrg. aku pun gitu gak kot.hehehe

7-having enough sleep.
~is this mission will be accomplish? it gives a big question mark in my head.

Saturday, March 27, 2010

CINTA, SAYANG, MINAT, SUKA

terdapat banyak perbezaan di antara CINTA, SAYANG, MINAT, dan SUKA

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

tetapi tanpa minat, suka dan sayang, kita tidak mungkin cinta kepada seseorang itu ^_^

SEX punya pasal

jangan terkejut dengan tajuk...
citernye lain...

ceritanya macam ni

suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada daddynya,...

"daddy, daddy,... sex tu apa daddy?"

terkulat-kulat sebentar si daddy itu dengan pertanyaan anaknya. terfikir dia dengan arus kemodenan zaman sekarang hinggakan anak sekecil itu boleh berfikir tentang sex. selari dengan isu pendidikan sex yang sedang hangat dibincangkan , si daddy tercari-cari jawapan yang sesuai yang patut diberikan kepada anaknya.

maa si daddy pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dengan bunga, telur yang menetaskan berudu yang akhirnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas dan disertai dengan perkembangan bayi dalam kandungan.

sebelum mengakhiri jawapannya itu, si daddy turut menyelitkan kisah percintaan dia dengan mummynya dari zaman sekolah menengah hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.

tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. si daddy kehairanan.

"eh, kenapa ni?"

si daddy bertanya dengan rasa hairan yang amat. namun si anak tetap juga menangis.

"jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan tu pendek. daddy sajalah yang tulis. waaaaaa........"
kata si anak lalu menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang muka depannya tertulis.....














what would you do if you are in this situation???

Friday, March 26, 2010

6 Jenis Wanita Malang

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

kepada semua wanita, janganlah jadi di antara 6 jenis wanita ini.
nasihat ini turut ditujukan kepada diri saya sendiri.

19 Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Wednesday, March 24, 2010

funny not?

a guy drives into a ditch, but luckily a farmer's there to help.
he hitches his horse, buddy, up to the car and yells,

"pull, nellie, pull!"
buddy doesn't move.

"pull, buster, pull!"
buddy doesn't move.

"pull, coco, pull!"
nothing happens.

then the farmer yells,
"pull, buddy, pull!"
and the horse drags the car out of the ditch.

curious, the motorists asks the farmer why he kept calling his horse by wrong name.

"buddy's blind," said the farmer.
"and if he thought he was the only one pulling, he wouldn't even try."

murid tak boleh pakai

seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas...
ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. lalu guru itu berkata...

"selama saya mengajar awak semua,... tidak pernah pulak saya melihat keadaan ini. ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang telah terjadi??" guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

tiba-tiba...
salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut. hahaha..." sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa.

moral of the story:janganlah anda jadi murid atau pelajar macam ni.

someone that i know

someone that i know.......

i'm knew this person for months.
but, we started to close a few weeks ago.
i dunno why,...
i can share everything with this person...my feeling, my past experience, etc.
i feeling like i wanna share everything..
uncontrollable

that person is like a best friend for me...
usually i only told all my feeling and everything to my best friend of all time, my dear meera. but because meera is studying in another place, i only talk to her when my problems is too big for me to handle.
but, with this person, i'm sharing like i'm sharing my problems with meera.
i can't understand why..

but, i'm very happy and glad that this person can lend ears to me...
thank you very much..

i hope that this new friendship will last forever.





Monday, March 22, 2010

it's healthy to cry

the word 'cry' always go to the girls.
the mentality in our culture and society is that the people who always cry are girls.
it is true that women have more emotional and easily touched. but, there were some women that are 'stone-hearted' and some men that are emotional.

crying is actually a good thing. it is healthy to cry and not wrong at all.
Randolph Cornelius said that crying is important to release all the psychological tension. if it wasn't release, it will find an outlet in other ways such as affecting the person's body and possibly can cause disease.

when we feeling unease in our heart, we should cry to let go all the unease. after crying, we feel a lot better and feel very relief.

people usually cry when they feel sad, and having psychological tension. but, there also some people who cry when they feel very angry or mad about something. after cried, their anger gone. this way of relieving anger feeling can prevent us from making irrational action.

now let's talk about the scientific facts about cry and tears.

there are three types of tears which are basal tears, reflex/infant tears and emotional tears. basal tears are continuous and lubricate our eyes. reflex/infant tears are when we chop onions or receive a blow to the eye. emotional tears are psychologically caused tears.
according to experimental evidence, emotional tears contain 24% more protein concentration than irritant tears. Frey et al proposed that tears performed a sort of physical catharsis, expelling toxins from the body. following a period of sympathetic nervous system hyperactivity, crying is a part of parasympathetic rebound effect in which tears serve to discharge arousal.

it is widespread in western world that crying is therapeutic and the failure to cry is a danger to our health.

so, think yourself you wanna cry or just keep your tension until it burst.

*sorry lah post aku kali ni terlalu saintifik sangat. aku terasa nak cakap sal nangis cuz ada kawan aku yang cakap die ase cam nak nangis. aku memang nangis untuk release segala perasaan aku. aku memang mengakui hakikat bahawa apabila kita mengangis, kite akan berasa lebih lega dan fresh kembali. nangislah sepuas hati anda jika anda rasa cam nak nangis sekarang.*

Sunday, March 21, 2010

kenali watak LELAKI & WANITA

perwatakan ini ialah sepertimana yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah.

lelaki pada amnya:
  • mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan suar menerima pertolongan dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
  • sekiranya mengalah, itu tidak menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
  • menilai kejayaan dan menilai diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku di depan mata.
  • suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan yang tertekan.
  • mempunyai seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu sekejap sahaja.
  • biasanya suka memberi arahan bersifat seperti ketua yang mempunyai kuasa.
  • bersikap pemurah dan boros.
  • mempunyai pemikiran yang bersifat makro iaitu melihat sesuatu secara keseluruhan.
  • tidak fokus kepada sesuatu perkara.
  • mempunyai perasaan cinta yang setia dan fleksibel.
  • suka menyendiri dan terdiam apabila imej tergugat.
  • apabila berkomunikasi, kurang teliti mendengar tetapi cepat memberi pendapat.
  • hanya memberi teguran apabila nampak keterlaluan.
  • lebih banyak menumpukan kepada aspek-aspek fizikal dan kebendaan.
  • meminta bantuan kerana malas atau tidak berkeupayaan.
  • akan melawan dan menjauhan diri atau membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
  • tidak suka bercakap tentang pasangannya dan sering meremehkan pasangan mereka.
  • agak keberatan meminta maaf daripada pasangannya.
  • lebih tenang apabila menghadapi keadaan getir.
  • lebih suka membuat keputusan.
wanita pada amnya:
  • mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang dicintai.
  • mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
  • seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yag disayangi.
  • suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati dan empati.
  • mempunyai emosi seperti ombak iaitu perasaan yang lambat reda.
  • suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
  • bersifat kedekut atau berjimat-cermat.
  • mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu perkara secara terperinci.
  • fokus kepada sesuatu perkara.
  • mempunyai kebolehan memahami gerak rasa hati.
  • cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.
  • mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej diri menurun.
  • mendengar dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • lebih menumpukan kepada aspek-aspek perasaan dan kemanusiaan.
  • meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
  • biasanya akan mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangan.
  • suka bercerita tentang pasangan dan menghormatinya.
  • lebih mudah meminta maaf.
  • cepat risau apabila menghadapi keadaan getir.
  • lebih mengikut keputusan yang dibuat.
bukan semua perkara di atas ni sama dengan kita. setiap insan dicipta oleh Allah berbeza-beza. mungin ada satu dua perkara yang tidak sama. so, jangan terus menilai seseorang mengikut perwatakan seperti di atas.

Allah menjadikan setiap pasangan berlainan watak kerana saling melengkapi di antara satu sama lain.
oleh itu, berusahalah untuk memahami perbezaan watak di antara LELAKI & WANITA.

kelas BM

ade satu hari di sebuah sekolah, di dalam satu kelas. matapelajaran mase tu ialah BM.
cikgu tersebut mengajar tentang membina ayat.
dia menerangkan serba-sedikit dan menyuruh anak muridnya untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang akan diberikan.

cikgu:okey. sape nak mula dulu. kamu kamal. bina ayat dari perkataan ayam.
kamal:saya suka makan ayam goreng.
cikgu:okay kamal. bagus. faham pun ape yang cikgu ajar. kamu pulak aminah.
aminah:ya saya cikgu.
cikgu:bina ayat dari perkataan tepung.
aminah:tepung gandum.
cikgu:ape amu ni. itu bukan ayat. sape lagi nak cuba.
ah chong:saya! saya! saya nak cuba cikgu.
cikgu:ha.. ape ayat kamu.
ah chong:saya makan kek yang mak saya buat. ummm...sedapnye.
kelas:gelakkan ah chong.
cikgu:ayat ape yang kamu bina ni ah chong. saya suruh bina ayat dari tepung.
ah chong:saya bina ayat tepung la tu cikgu.
cikgu:abis, tepungnya mane?
ah chong:dalam kek la cikgu.
cikgu:adui! macam mane la aku nak fahamkan bebudak ni.

untuk anda semua cikgu bm.

my journey

setelah menempuhi perjalanan selama 4 jam setengah, aku akhirnya sampai ke kangar.
perjalanan ini sungguh tidak menyelesakan bagi aku kerana aku terpaksa menempuhi pelbagai cabaran. cehhh.....cabaran la konon.

aku naik bus mara liner dari ipoh ke kangar. busnya bertolak kul 9.
aku mase tu samapai dh dekat-dekat kul 9. bukan dari rumah, tp dari kedai kat bus station tu jgak. lepas letak beg dalam perut bus, ak pon naiklah atas bus. ak mencari-cari dimanakah seat ku yg bernombor 9C. ak memang tau seat tu plg last. setelah ku temui, i was about to seat beside a guy, an indian guy. he seems to be friendly. but i started the talking with him first. well, i'm that kind of person, but it is according to my mood and situation.
that guy was a student in poloteknik arau.
he is also from menglembu, where my sister's house is. i like to talk to him cuz he is very friendly. it's hard to find a guy that is friendly this days.

cabaran yg terpaksa aku tempuh semasa perjalananku ialah keadaan kerusi and kedudukan seat ku. oleh kerana seat aku yg plg last, iaitu betul2 kat atas tayar bus. mase bus tu naik atas bonggol or something, memang melambung terus. dh aku berat takde sgt nak stick kat kerusi tu. memang kacau. pastu satu lagi ialah kerusi aku yang tak bleh nak direndahkan. terpaksalah aku tido dgn keadaan kerusi macam tu. seksa batang tengkuk aku. aku dahlar mengantuk cuz tak ckup tido,...

walaupun dengan segala cabaran yang aku terpaksa tempuh, aku bersyukur kerana aku selamat sampai ke kangar. ak jugak bersyukur kerana rakyat kat negara lain terpaksa menempuhi keadaan kenderaan awam yg lebih teruk drpd aku yg duk kat malaysia yg taktau nak menghargai ni. papepun, aku bersyuur aku tinggal kat malaysia dan dilahirkan di malaysia.

i love my country! :-)

so...

salam sume

orang kata kalau perut kenyang suka hati.
betul ke eh?
kadang aku percaya..
kadang tu tak.

nape aku leh cakap sal benda ni plak?
malam ni aku ikut kakak aku and family pergi kenduri kat rumah mak angkat abg ipar ak kat kg sri kinta, ipoh.
ni first time aku merase pergi kenduri kat perak ni.
dulu mase majlis kahwin untie aku kat perak gak aku tak dapat pergi dengan sebab yang tak dapat dielakkan. sedihnyer...huhuhu

kenduri ni ialah kenduri doa selamat sebab cucu dia nak berkhatan. kenduri biase2 jer.. takder ler grand mane pon. dah lame aku tak dengor orang perak bercakap dengan loghat deme sejak beberapa bulan yang lepas.

kenduri diorang lain sikit kot.
yang lainnye ialah bab lauk-pauk.
aku bukan yang jenis kisah sangat nak makan lauk ape.
bantai jer asalkan kenyang.
lauk yang diorang sediakan tadi ialah:
nasi putih
ikan gulai
kerabu jantung pisang
kerang masak dgn batang keladi
tembikai
ulam-ulaman

ak ase aku rase aku takde ler makan byk sangat pon
tapi kenyang yang amat..

berkenaan perkara yang di atas tu...
malam ni aku rase agak senang hati jugak lepas makan kenyang.
tp,
mase aku makan time lunch, aku ta rase senang hati
hati aku macam tak tenteram jer
berdebar-debar semacam
ni yang aku pelik ni
kadang lau hati aku berdebar-debar tu petanda buruk
tapi setakat ni nothing happened yet...and hope so

aku mencuba untuk menghilangkan rase gelisah dan gundah-gulana dalam hati aku dengan bermain dgn anak sdara ak, alif.
best sangat main ngan budak tu...
dah lar comel+cute+handsome...+ lagi cerdik
tp yang ta tahannya die sukpukul aku ni..
sabor je lah..
dah namenye budak-budak.

ish..
sampai ke mana dah ak melalut ni...
tujuan utama lain...
last2 kluar benda lain skali...
tapalar...
ak dh tak tau ape nk tulis ag...

Thursday, March 18, 2010

setelah ak bru wat blog ni, ak tlh mendapat hobi bru...
bce blog org.
ak bce satu blog ni, segala bait-bait tulisannya sgt menyentuh jiwa. ak pun terpesona. smpi sume kje ak lupe. ak ni memang senang sangat terpengaruh dengan benda macam ni.
susah..susah..

ak nk sambung wat keje ak blik lar...
nanti x siap plak.
nak cari bala kena marah dengan mentor kesayanganku, puan sa'adah.

ak dah ade banyak idea lam kepala ni...

ak ni menulis merosakkan bm jek. nasib lar ak dpt tesl. agpon ak xsuke menulis karangan bm. cume masalah tesl ni nak kena belajar english literature yg macam-macam tu and kena wat drama macbeth lagi..
adusss..

layan lagi lain kali..
main lama makin merapu plak
ak terase nk mencoret lg pg ni...

ntahler...
ak pon x pasti ngn kehidupan ak ni...

pg ni ak meronda-ronda lagi...dgn abg iparku plak...bawak anak sedaraku sekali...meronda-ronda nk g beli tiket ak jer... nasib baik ade lagi... alhamdulillah

korang penah x minum honeydew juice?
sedap wei.... teringat nk g minum ag ni.... ade 2 bijik ag... boleh buat ag...
walaupun first time ak minum honeydew juice, tp rasanya sungguh best...
bese ak makan yg fresh jer..
nanti korang2 cube ler ye...

Wednesday, March 17, 2010

my first corat coret

this is my first corat coret after i create my blog

i has nothing to say yet...

myb i can say cheese!

rite now i'm enjoying my holiday in my sister's house in ipoh. i'm enjoying my time here to the fullest.

this evening i follow my sister went jalan-jalan to OU ipoh. nothing very interesting there, just as other supermarket. i miss to go to ipoh parade again. i wanna window shopping for shoes. well, it's quite normal for women to like window shopping cuz some men like it too. i'm not lying and this is the truth.

well, until here for now.