citernye lain...
ceritanya macam ni
suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah rendah bertanya kepada daddynya,...
"daddy, daddy,... sex tu apa daddy?"
terkulat-kulat sebentar si daddy itu dengan pertanyaan anaknya. terfikir dia dengan arus kemodenan zaman sekarang hinggakan anak sekecil itu boleh berfikir tentang sex. selari dengan isu pendidikan sex yang sedang hangat dibincangkan , si daddy tercari-cari jawapan yang sesuai yang patut diberikan kepada anaknya.
maa si daddy pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dengan bunga, telur yang menetaskan berudu yang akhirnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas dan disertai dengan perkembangan bayi dalam kandungan.
sebelum mengakhiri jawapannya itu, si daddy turut menyelitkan kisah percintaan dia dengan mummynya dari zaman sekolah menengah hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.
tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. si daddy kehairanan.
"eh, kenapa ni?"
si daddy bertanya dengan rasa hairan yang amat. namun si anak tetap juga menangis.
"jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan tu pendek. daddy sajalah yang tulis. waaaaaa........"
kata si anak lalu menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang muka depannya tertulis.....
what would you do if you are in this situation???
No comments:
Post a Comment