Monday, February 27, 2012

slender and bla bla bla

i'm just clueless with the world here
dunno what else to say




slender means 'slim'
though the pronunciation are just the same with 'slander'..but it brings different meaning




when i am really ready
but people doesn't want to give me chances to do it
sabor je le
cool2 senyum slalu
walaupun dalam hati taktaunakkataapa
dahla i only got that chances here
i don't have that chances at home at all





tomorrow
is the day
let's find out how it goes
hope everything will go smoothly insyaAllah




this evening went to kangar's public library
ade pesta buku tp last today
pergi just because want to register as member for free..haha
and sempat membelek-belek few english novel
terasa sangat ingin beli
tapi
disebabkan tengah rushing..
tak dapatlah nak belek dengan lebih lama..huhu


terasa untuk minum susu segar
wahh...sedapnya
terfikir balik rasa aiskrim yogurt di Tutti Frutti
yang sangat mahal supo bedil itu
the conclusion is
sangat ingin makan aiskrim
it's both denotative and connotative 

Sunday, February 26, 2012

moment when i was 3 years old


petang tadi terjadi lagi satu insiden
yang mengingatkan saya
kepada satu kejadian di suatu ketika dahulu
kalau mengikut perkiraan..saya sepatutnya berumur 3 tahun kerana abang adi saya berumur 12 tahun ketika itu..yang dalam proses penyembuhan selepas berkhatan.eh.
ketika itu juga..mak, ayah dan adik saya tiada di rumah
saya sedang bermain..wee~ ..saya budak-budak lagi time tu
nak kata main ke rajin pon taktaulah..
saya kononnya rajin basuh gelas..gelas kaca
pastu gelas tu terjatuh dan pecah
dan..jari saya terluka
dan..pada ketika itu juga kan..
saya bermain dengan sabun
aduh! enaknya rasa apabila sabun itu bertindak balas dengan luka tersebut
ketika itu saya dengar abang saya cakap suruh saya basuh tangan (jari yang terluka tu la)
tapi saya pergi bantai basuh dengan sabun itu
sebab itulah rasa dia lagi enak..wuwuwu
and then..ape lagi..menangislah saya..and taktau samada abang saya tu berjaya pujuk saya ataupun tidak..hihi
wahh...kenangan di zaman budak kecik masih berhingus
yang amazingnya..saya boleh ingat peristiwa tersebut..sedangkan ketika itu saya berumur 3 tahun..kih3



tadi petang
dapat lagi satu (semoga sakit ini menjadi kifarah dosa tanda kasih sayang dari Allah SWT insyaAllah..)
terkena bucu selak pintu
cakaran tu luka sikit saje..tapi cakaran die macam rasa sampai ke tulang
selepas itu saya pergi basuh baju
momen ketika berumur 3 tahun itu muncul kembali..waduh!




yang ini dapat pada hari rabu yang lepas..sudah mau sembuh




tadi..dapat bisikan kasih sayang dari 'mama baru' saya
ketika di dalam huggy bearnya
kata-kata beliau
sangat menyentuh hati..
insyaAllah Allah SWT akan terus memberikan kekuatan itu kepada saya..dan mama juga


dan tadi juga
seseorang yang..ikhlas..dan sudah disentuh hatinya dengan sentuhan kasih sayang dari Allah SWT
berbisik kepada saya
supaya mendoakan dia
insyaAllah saya akan mendoakan kamu dear
kerana kasih sayang Allah SWT tidak terbatas pada orang-orang yang tertentu sahaja
Dia mengasihi dan menyayangi seluruh hamba-Nya
dan sudah tentulah Dia akan menyentuh setiap hati hamba-Nya
dan mengurniakan hidayah dan taufik-Nya
insyaAllah..allahumma amin
dan ingatlah
kepada kesayangan saya semua
perubahan tidak boleh dilakukan secara drastik jika kamu tidak cukup kuat
lakukanlah secara perlahan-lahan..step by step
insyaAllah kamu akan mencapai tahap yang tetinggi by the end of the day
dan untuk menutup aurat dengan sempurna tidak semestinya anda perlu bertudung labuh 
sila faham ayat di atas betul-betul..hadamkan dan fahami










thanks for your effort
to look for it
when it was confirmed that it was denotative
though it cannot be realised..but that already..
urghh..how to say this...touched maybe..hee~
insyaAllah there always will be next time
 

Friday, February 24, 2012

the L.O.V.E

screen Asha

apabila mendapat message seperti itu
even it was just thru words..not spoken/verbally
but it already did struck my heart into the deepest part and touched that soft spot
betapa...wuahh...can't say anymore words
oh..how much i really love her
though the love is there
but it had never been said (shown maybe) since we had live together for more than 19years(since she was born la..haha)
yess...really never..
felt like wanna run to find her and hug her
i had been showing (can show) my love to friends...but not really to her..it's like..it's hard to show it to her..(except by the way keep scolding her if she did anything wrong by means to correct her and guide her to the right path..well..marah tu kan tanda sayang)..
really missed u lah 
wuwuwu




















Dekna

Tuesday, February 21, 2012

Bait al-Muslim

taken from a blog..and adapted to my version
 
"ingin sangat membina sebuah rumah tangga yang bahagia...
yang penuh mahabbah, rahmah dan sakinah..



Bahagianya sebuah rumah tangga, 
yang mana tiang IMANnya tinggi menaik, 
dinding CINTA padaNya mantap dan kukuh, 
dan 


tangganya bertingkat menghala ke SYURGA abadi... 

Semuanya kerana
IMAMnya  
dan
ahlinya 
yang
SUJUD setia pada Tuhannya..

Meskipun berbagai ujian dariNya bakal menjelma seperti BADAI dan MASALAH, 
segalanya dilakukan dan diselesaikan bersama-sama, 
kerana si suami mendambakan si ketua bidadarinya mendampinginya bersama, 
dan si isteri menginginkan si imamnya mampu membimbingnya ke JALAN Allah dan SYURGA abadi 
yang KEKAL dan BERBAHAGIA buat SELAMA-LAMANYA...
insyaAllah....."
 (ASA)




how much i need it..sampai termimpi-mimpi..wuhh...
alhamdulillah dah dpt ditunaikan
full of love from her
heart to heart.eh?..
alhamdulillah wa syukurillah
sebab dikurniakan orang-orang yang tertentu seperti itu di sini










air precious semakin murah mengalir
apakah ini?..
kenapakah begini?..






kepada orang-orang yang tercinta di rumah
satu daripada saya
"sayang.kasih.cinta..yg selamanya tidak akan berubah"
menambah...bukan mengurangkan...insyaAllah...rasanya akan tetap sama..malah semakin bertambah..bukannya semakin melupakan..insyaAllah :))









"i really need you"

Monday, February 20, 2012

kuliah.pagi.malam.

tadi dengar sedikit
time stop untuk solat maghrib di Masjid Syed Alwi
kuliah maghrib oleh ustaz (yang saya tidak tahu siapa beliau kerana saya tidak nampak pun beliau)
bercakap tentang..rasanye tentang taklid buta..entahlah..kurang pasti tajuknya
dia ada memberitahu tentang
lelaki diharamkan memakai inai di jari..di jari ya
kan sekarang ramai orang yang duk asyik mengikut apa yang orang lain buat walaupun tidak mengetahui tentang kepastian samada boleh atau tidak perkara itu dilakukan
kita dapat lihat dalam masyarakat kita lelaki yang apabila berkahwin memakai inai di 3 jari..sebenarnya itu haram..mengikut majlis fatwa
kalau mengikut Ustaz Azhar Idrus, jika seseorang lelaki yang mengetahui perkara ini selepas dia telah lama berkahwin dan dia turut melakukan sedemikian, dia perlu bertaubat..hmmm
dan bagi perempuan pula
boleh memakai inai di jari sahaja..maksudnya dekat kuku lah kan..tak boleh buat corak yang berbagai-bagai tu..
dan
bersin itu adalah salah satu nikmat dari Allah SWT
semuanyalah..bersin atau sakit pun
sebab sakit kan kifarah dosa..insyaAllah
and ustaz tadi cakap
jika rasa nak bersin, jangan tahan
hmm..okay..got that point..
and
banyak lagi sebenarnya isi-isi dari ustaz td
tapi saya sempat digest sikit saja..
sebab tengah rushing
i wish i could stay long to finish that kuliah..but something else was waiting for me..well..hostel lah of course..haha




tadi pagi
okay..saya mempraktikkan diri untuk mengajar di SK Panggas
okay fine!
that was damn enjoyable
saya memang muka untuk wat show kat depan eh?
-classroom language
-put yourself among them
-be aware of proficiency level
-use the kit
-use many non-verbal communication/expression/whatsoever you can think of
so i was there doing some nursery rhyme of 'Old MacDonald Had A Farm'
enjoyable huh?..haha
"dengan gaya dari mister afdlin shauki"







malam
ambil buku yang diphotostat
whoosh!!!
oh Ya Allah..i'm sorry...
i'm sorry kamu
okay
accident happens..will be putting that in mind
'though still can't left out that feeling from my ..........'
rasa pening
planning to get off early
got a few more things to be settled
minum air barli
sedap
and ate some
char kuey teow yang sedap..kan?hihi







Carilah Untukmu Seorang Imam


di copypasted from: http://www.myilham.com/blog/2012/02/carilah-untukmu-seorang-imam/

Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.
*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?
MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sekian.



"Oh Allah..mampukah hamba-Mu ini menjadi seorang perempuan baik yang bercinta itu? Ya Allah...sesungguhnya hamba-Mu ini menginginkan seorang imam lelaki baik yang bercinta..."


suka ayat ASA ;)