lelaki pada amnya:
- mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan suar menerima pertolongan dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
- sekiranya mengalah, itu tidak menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
- menilai kejayaan dan menilai diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku di depan mata.
- suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan yang tertekan.
- mempunyai seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu sekejap sahaja.
- biasanya suka memberi arahan bersifat seperti ketua yang mempunyai kuasa.
- bersikap pemurah dan boros.
- mempunyai pemikiran yang bersifat makro iaitu melihat sesuatu secara keseluruhan.
- tidak fokus kepada sesuatu perkara.
- mempunyai perasaan cinta yang setia dan fleksibel.
- suka menyendiri dan terdiam apabila imej tergugat.
- apabila berkomunikasi, kurang teliti mendengar tetapi cepat memberi pendapat.
- hanya memberi teguran apabila nampak keterlaluan.
- lebih banyak menumpukan kepada aspek-aspek fizikal dan kebendaan.
- meminta bantuan kerana malas atau tidak berkeupayaan.
- akan melawan dan menjauhan diri atau membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
- tidak suka bercakap tentang pasangannya dan sering meremehkan pasangan mereka.
- agak keberatan meminta maaf daripada pasangannya.
- lebih tenang apabila menghadapi keadaan getir.
- lebih suka membuat keputusan.
wanita pada amnya:
- mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang dicintai.
- mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
- seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yag disayangi.
- suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati dan empati.
- mempunyai emosi seperti ombak iaitu perasaan yang lambat reda.
- suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
- bersifat kedekut atau berjimat-cermat.
- mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu perkara secara terperinci.
- fokus kepada sesuatu perkara.
- mempunyai kebolehan memahami gerak rasa hati.
- cinta sepenuh hati dan setia pada yang satu.
- mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej diri menurun.
- mendengar dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
- lebih menumpukan kepada aspek-aspek perasaan dan kemanusiaan.
- meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
- biasanya akan mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangan.
- suka bercerita tentang pasangan dan menghormatinya.
- lebih mudah meminta maaf.
- cepat risau apabila menghadapi keadaan getir.
- lebih mengikut keputusan yang dibuat.
bukan semua perkara di atas ni sama dengan kita. setiap insan dicipta oleh Allah berbeza-beza. mungin ada satu dua perkara yang tidak sama. so, jangan terus menilai seseorang mengikut perwatakan seperti di atas.
Allah menjadikan setiap pasangan berlainan watak kerana saling melengkapi di antara satu sama lain.
oleh itu, berusahalah untuk memahami perbezaan watak di antara LELAKI & WANITA.
No comments:
Post a Comment