kenape?
kenape?
kenape kat dunia ni ade orang yg gitu macam?
aku melihat orang lain ketawa,
tapi aku mengangis
aku melihat orang lain gembira,
tapi aku sedang berduka lara
aku melihat orang lain berseronok,
tapi aku memendam rasa
katanya,
aku sakit hati bila orang sakitkan hati aku
aku sakit hati bila mereka menghindarkan diriku
aku sakit hati bila mereka merahsiakan benda dari aku
tapi,
tidakkah dia itu sedar
apakah perasaan orang lain apabila hati merea disakiti oleh dia
dia tahu rasa bagaimana apabila hati sakit
tapi, dia tetap pandai dan tegar untuk menyakitkan hati orang lain
sedarlah wahai hamba Allah,
sedarlah anda dari kelalaian anda di dalam dunia anda
hati aku sakit
hati aku geram
hati aku membara
hati aku mahu pecah
oh, mak...tolonglah anak kesayanganmu ini
dah lama tak dapat peluk mak ni
apa yang mampu aku lakukan?
aku hanya diam
tapi dalam hati aku tak tau nak kata
aku tak nak buat macam ni
aku tak mahu hati aku sampai tahap macam nak burst
tak nak
tak nak
ya Allah
bagilah hidayah kepada hambaMu itu
bagilah kesedaran kepada dia untuk menyedari kesilapan dia dan berubah ke arah kebaikan
aku nak menangis lagi
tapi tak sampai lagi rasa itu
aku mahu tunggu lagi
biarlah dia begitu
biarlah aku begini
No comments:
Post a Comment