my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 12, 2010

aku

aku tahu aku tak patut buat macam ni
tapi, aku tak mampu menghalang perasaan aku 100%
ini bukan lagu dangdut itu
ini adalah diri aku

aku mencuba untuk berubah
tapi aku tidak berdaya
aku memerlukan semangat
aku memerlukan sokongan

aku tak mahu lagi menjadi seorang yang hipokrit
tapi, aku gagal dalam berusaha ke arah itu

aku berusaha untuk berubah kepada yang lebih kurang emosional tak tentu pasal & jadi lebih rasional
berjaya mungkin
tapi hanya 50%
aku sudah mampu menahan perasaan terasa sakit hati aku dengan berdiam diri
tapi, dalam hati aku hanya Allah yang tahu

aku seorang yang amat manja dengan mak ayah aku
oh...i miss 'em a lot
tapi, kat sini, dengan siapakah aku boleh bermanja seperti itu
aku mahu memeluk ibuku
aku ingin berada di dalam pelukan kasih sayangnya
aku ingin tidur bersamanya
aku mahu bermanja dengan ayahu,...sambil mendengar ceritera pengalaman hidupnya
aku terkenang zaman kecilku
adakah dia mempunyai banyak masa lagi untuk menyaksikan kejayaanku?
ayah...
anakmu ini meratap disini dengan rasa rindu yang membara
ingin menatap wajahmu
mendengar suaramu
betapa aku banya berdosa sebelum ini
ampunkanlah aku wahai ayahku

aku mempunyai kawan-kawan di sini
ada yang memahami aku
tapi, mereka tidak tahu sepenuhnya kisah hidup aku
aku sendiri yang tidak mahu membuka pekung di dada
cerita aku tidaklah penting
cukuplah disini sahaja
aku tidak mahu lagi mengurangkan simpanan air mataku
biarlah air mataku berguna untuk hal-hal lain

No comments: