my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 14, 2010

dunia & kawan

rupa-rupanya panas itu tidak sampai ke petang
sebelum petang berubah menjadi malam ada sahaja awan mendung yg terkumpul entah berapa km yg tidak sabar untuk menghamburkan air matanya
*1 km awan=1mm hujan*
dan bumi bergembira dengan kesedihan awan
manusia juga begitu
selalu bergembira dengan kesedihan manusia lain
tidur dalam kekenyangan sedangkan manusia di dunia ketiga itu tidur dalam kelaparan
tidur di atas katil dan tilam yang empuk sedangkan manusia di sana tidur beralaskan bumi, berbantalkan lengan dan berselimutkan langit
bersuka ria sedangkan mereka menderita
oh
alangkah tidak bersyukurnya kita semua











kawan
yang pada mulanya aku anggap boleh menjadi teman dan seterusnya sahabat
rupa-rupanya
menjadi kawan pun tidak berjaya
dia gagal
dan aku juga gagal
kerana mempercayainya
sesungguhnya kita tidak boleh meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi terhadap orang yang kita baru kenali
kerana
jika orang itu menghampakan kita
tidaklah kita terlalu merana
sampaikan makan entah ke mana
sampaikan tidur tak lena
sampaikan segala kerja dan urusan terbengkalai
seperti apa yang ayahku selalu menasihatiku
jangan tidur dalam perut orang
adakah anda faham dengan pernyataan itu
jika tidak faham
faham-fahamlah sendiri
biar pandai pilih kawan
phrase 'don't judge a book by it's cover' adalah sangat betul
dulunya aku kurang mengambil kisah dengan phrase itu
sekarang ini aku merasakan ianya sangat betul
walaupun ayat 'berkawan biar seribu, berkasih biar satu',
bukan semua kawan yang kita ada itu boleh menangis bersama-sama kita
yang boleh bergelak ketawa bersama kita memang ramai
aku bukanlah orang yang sempurna
aku terlalu banyak kekurangan diri
banyak lagi yang perlu aku ubah dan baiki
setiap orang ada kekurangan dan kelemahan mereka masing-masing
tapi kita boleh berubah ke arah yang lebih baik

living in this world as khalifah and hoping to change for a better life
bring peace to this world
don't create war

No comments: