my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, January 10, 2012

satu cerita

tetiba
terasa ingin bercerita tentang kisah seorang perempuan itu
dia bukan sesiapa
hanya hamba-Nya yang sedang mencari redha-Nya dan cinta-Nya
dan juga
puteri kepada ibu dan ayahnya yang tersayang


alkisah dulu
dia pernah memakai seperti itu
tapi
tanpa ada apa-apa perasaan kerana-Nya
entah
mungkin
kerana merasakan memakai seperti itu best
lain daripada yang lain
namun
ketika itu
dia masih tercari-cari identiti dirinya sendiri
mana satu yang mahu diikutinya
namun
akhirnya
dia terjebak jua dengan pengaruh pemakaian rakan yang lain



dia mula berubah sedikit ke arah 'ketidak bagusan'(read:the not goodness)..*is there such word??hihi*
dia teringin untuk memakai seperti kawan-kawannya yang lain
yang memakai jeans ketat
memakai baju fit
tapi syukur alhamdulillah
dia tidak sampai ke tahap itu
hanya sekadar mencuba untuk memakai seluar jeans



dan
kecelaruan identitinya itu masih berterusan selepas tamat persekolahan
sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat ipt
tambahan pula
kebanyakan kawan-kawan yang rapat dengannya semuanya berpenampilan sebegitu
tapi
syukur juga kerana dia tidak tersalah kawan..tidak berkawan dengan mereka yang jauh dengan Dia
dan syukur kerana dia tidak terkena kejutan budaya(read:culture shock) di ipt dan negeri luar dari negeri tempat bermastautinnya



dan dia
menyambung pelajarannya lagi ke satu tempat yang lain
di sana
dia masih seperti dia yang dahulu
memanglah tidak meninggalkan suruhan Allah S.W.T.
tetapi
masih banyak kekurangan



namun
ketika di tahun 2010
dia disapa angin keinsafan..angin hidayah
alhamdulillah
dia menyambut hembusan angin yang disampaikan oleh Dia itu dengan hati yang terbuka dan berlapang dada
hatinya
semakin ingin mendekati-Nya
semakin ingin mencari redha-Nya
semakin ingin mengejar cinta-Nya
semakin ingin merebut ganjaran yang dijanjikan-Nya pada kehidupan yang kekal abadi di sana
dia berusaha untuk melakukan perubahan satu langkah demi satu langkah(read:step by step)
dengan perlahan-lahan
agar perubahan itu berkekalan kerana-Nya
bukan kerana sesiapa atau apa-apa sahaja
langkah demi langkah untuk mencapai tahap itu
dan alhamdulillah
perubahan ini membawa satu ketenangan kepada dirinya
tenang dalam janji-janji-Nya
dan
yang bertambah menariknya
ukhuwah yang lebih mesra dan rapat telah terbina di sepanjang perjalanan mencari redha-Nya dan cinta-Nya itu apabila berada di dalam dunia hamba-hamba-Nya yang kasih dan cintakan-Nya dan kekasih-Nya, Rasulullah S.A.W.
namun
perjalanan ini masih sangat panjang
banyak lagi yang dia perlu belajar dari sehari ke sehari
dan banyak lagi perubahan yang di perlu lakukan
semoga Allah S.W.T. akan terus menghembuskan cahaya itu kepadanya dan senantiasa di bawah lindungan-Nya dan naungan mawaddah-Nya
insyaAllah..
Allahumma ameen...





dan sesungguhnya
hidayah itu milik Dia
Dia berhak untuk meniupkannya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki

sumber







No comments: