my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, January 05, 2012

5th January

ringkasan


Soalan: panggil munirah ke muni ni? ke baybort?

Jawapan saya: standard orang panggil muni atau baybort/bebot..

(sorang lagi mencelah): baybort?

(jawapan dari sorang lagi): nama facebook..




hahaha~ tetiba rase lawak bila orang tanye nak panggil muni ke baybort..sebab ade sorang junior tu lupe nama saya ni kak muni sebab die selalu panggil kak baybort..tapi saya sendiri pon dah terbiase dah orang panggil baybort.










sharing

Nabi SAW bersabda: 




"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah 


(terus-menerus) walaupun ianya sedikit." 


[Mutafaqun 'Alaih]












perubahan walaupun berdikit-dikit perlu

asalkan ada istiqamah..iaitu berterusan

itu yang Allah S.W.T. suka

contohnya -> kita nak diet...mestilah kena ade consistency ye dak?

kita start dengan kurangkan pengambilan nasi dari 3 senduk kepada 2 senduk dan seterusnya kepada 1 senduk (wahhh...taktau lah macam mana rasa kalau diet..eden tak pernah lagi..)

lagipun hidup kita sehari-hari memang kita ade membuat perubahan kan

mungkin kita boleh mulakan dengan sesuatu yag sangat kecil nilai perubahan itu..contohnya tidak 

menggunakan perkataan yang kasar dalam pertuturan seharian..insyaAllah lama-kelamaan kita akan terbiasa 

dengan perubahan yang kita cuba lakukan dan seterusnya boleh mencuba dengan perkara yang lain pula


perubahan ini memang amat disukai oleh Allah S.W.T. 


tambah-tambah lagi jika perubahan yang kita lakukan itu ke arah yang lebih baik dari segi agama 


tapi semua perubahan yang sepatutnya pastilah ke arah kebaikan kan?..


takkan pula dari elok-elok nak berubah ke arah yang tidak baik..


yang itu pastilah kerja sia-sia














inspirasi