my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 24, 2011

3 ikatan

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang antara kamu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwuduk, maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia solat maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia berasa malas dan kusut hati."

(Riwayat al-Bukhari)


dan


Orang yang tidur dalam keadaan bersuci mendapat doa malaikat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

-->oleh itu, berwuduklah sblm tidur...

No comments: