my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, March 07, 2013

kecik lagi


 salam pagi khamis yang tak perlu turun awal utk berkumpul :D boleh bermalas-malasan lagi (tapi sangat berharap dapat buat kerja pagi ini..huhu)

tetiba rasa nak bercerita tentang satu kisah yang berlaku ke atah sorang budak tu..ketika kecik lagi..time umur 3/4 tahun mungkin

pada suatu hari dia berjalan-jalan dengan kakaknya..berpimpin tangan..menyusuri jalan kampung..ketika itu masih tinggal di kampung..dan di kampung, it's normal kalau ada pokok-pokok kecil di tepi-tepi jalan (small bushes yang bukan sampai boleh jadi belukar)
berjalan berpimpin tangan..kakaknya di sebelah kirinya dan memegang tangan kirinya..dan tangan kanannya pula merayap-rayap menyentuh dan mengutip buah-buah pohon senduduk yang terdapat di tepi jalan
dan dengan rasa ingin tahu yang biasa dalam diri kanak-kanak...dia telah menyumbat buah pohon senduduk tersebut ke dalam hidung..tak pasti sebelah kiri atau sebelah kanan..and nothing happened yet..dia masih berlagak normal..
setelah puas berjalan dan hari sudah semakin gelap..maka mereka berdua pun pulang ke rumah..
apabila hari sudah hampir malam..dan dengan kondisi hidungnya yang masih tersumbat dengan buah senduduk itu..dia mula merasa tidak selesa dan sakit..dan dia sendiri cuba membuangnya namun tidak berjaya
maka semasa emaknya mahu memandikannya..tidak menyatakan bahawa hidungnya terasa sakit..apabila emaknya pula mencuba untuk mengeluarkan buah senduduk itu dari hidungnya dan tidak berjaya..
makanya..
mereka memanggil ambulans untuk membawa dia ke hospital untuk membuang buah senduduk tersebut..
akhirnya berjaya..dan pengalaman baginya kecik-kecik lagi dah buat hal sampai terpaksa naik ambulans dan masuk hospital..hahaha

ini ialah pohon senduduk..bunganya



buah pohon senduduk yang buahnya disumbat ke dalam hidung oleh kanak-kanak tersebut
                         

buah senduduk..apabila ia masak seperti..boleh dimakan..rasannya manis :D
                           

No comments: