my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, March 31, 2012

patah hati?

" Biar putus cinta dengan manusia, asalkan tak putus cinta dengan ALLAH.
ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik, namun jika putus cinta dengan DIA, apa lagi yang nak digantikan..? "






"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran: ayat 139)






Tuesday, March 27, 2012

Surah Al-Insyirah

thanks to Nero


 Surah Al-insyirah
merupakan surah yang ke-94 dalam al-Quranul Karim
terdiri daripada 8 ayat 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
 Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
 
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?  

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.  
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,    
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan 
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

  
fahamilah dan hadam maksud ayat-ayat dalam surah ini betul-betul
di dalam surah ini terdapat penegasan ayat yang ke-5 dan ke-6
iaitu "bersama kesulitan itu ada kemudahan"
sesungguhnya Allah SWT menurunkan bebanan atau ujian bersesuaian dengan kemampuan diri kita
jadi berlapang dadalah
sesungguhnya bagi setiap kesulitan itu ada kemudahan atau kesenangannya
Allah SWT jua Yang Maha Mengetahui


untuk bacaan dan pemahaman yang lebih tentang surah ini
sila klik SINI dan SINI
 

Saturday, March 24, 2012

senyum :)

mohammad asfa izzat bin faiza.umur 5 tahun.kelas pra sekolah sk kuala pari, ipoh



Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa Sallam dalam suatu kesempatan pernah bersabda,”Tersenyum ketika bertemu dengan saudara kalian adalah termasuk ibadah”. (Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Al-Baihaqi). 




Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Tuesday, March 20, 2012

baby itu comel

comelkan dia..weee~ [kredit]





apakah tujuan asal usul saya meletakkan gambar baby yang comel itu di sini?..
sebabnya..haha
sebab dia sangat comel lah..hihi
dengan gigi empat batang je..weee~ 
oh..dan gambar dia saya jumpa di enjin carian pakcik Google ya
[untuk anda di sana] bukan sebab itu ya..haha 




saya nak story sikit la
i think this is fun to me
and i don't even hurted
but i am happy for it
and already get used with it

ceritanya ialah tentang
ramai orang yang saya jumpa buat pertama kalinya tidak akan mengatakan yang saya sudah berumur 21 tahun pada tahun ini (okay..lagi 1 bulan 8 hari sebelum saya genap 21 tahun)
it's various
ada yang akan guess saya baru lepas SPM
ada yang akan kata saya masih form 2/form3
and ada yang lagi extreme kata saya budak darjah enam(!)aigo..yang ini memang lah..haha~ that one was yesterday..
yang hari ini teacher dekat sekolah yang saya buat SBE ini tanya saya umur berapa sebab dia cakap dia tengok saya macam kecik je (kecik molek..kui3~) apabila saya cakap 21 tahun..dia cakap seperti2 yang di atas lah..so i said to her that many people said that to me that now i get used to it..hihi
now i get used to it
well..i take it as a good thing..
orang akan ingat saya lagi muda dari usia saya
well..awet muda lah saya..wahaha (erk..okay..over disitu..maap)
isn't it a good thing? when you're already like in 30's, but people think you're in 20's..hihi 
be positive always..hehe
[walaupun yesterday something happened..that i wasn't strong..huhu~ i'm sorry..appreciating that a lot]


ayat yang paling saya akan ingat ialah ini
seorang makcik mengatakan ini kepada saya setelah dia tahu saya dah berumur 21 tahun
ketika di satu kenduri di kampung (lupa dah nama kampungnya) di ipoh ini
"kesian kat kamu ye..takde orang tua nak menyembang dengan kamu sebab muka budak-budak"
takpe je makcik..saya okay saje..hihi (senyum)





Monday, March 19, 2012

SBEing

esok akan ke SBE the third
nak buat apa taktau kat sekolah esok
dah la seorang diri ni
kak han pon takde dekat sekolah esok
nak kena iring pupils pergi tournament netball peringkat zon
layan buku dr.gray sensorang jelah kot
esok baru 1st day...kui3~
nak survey environment di sekolah itu dahulu..hihi


happy SBEing to all IPG students sem 3 all over Malaysia..
yang dah start ari ahad tu sorry lah baru wish..hihi~



ooh..some news
intake Jun 2012 is open again
kepada sesiapa yang sedang menunggu result exam SPM yang akan diumumkan 22 Mac nanti boleh la pakat pergi apply
is that a great news or what eh to us?haha~
































"saya menunggu anda untuk menjadi imam saya..untuk mengimamkan solat saya..menjadi imam yakni ketua untuk rumah dan tangga saya..dan seterusnya menjadi imam dan ketua untuk keluarga kita..dan juga pembimbing saya untuk terus mengikuti jalan-Nya yang benar dan menuju ke satu destinasi yang sama dan dengan satu matlamat yang sama.."
(dimanakah wahai anda berada?..)


























Thursday, March 15, 2012

flowers

sungguh saya tidak mengetahui bunga apakah ini..menjumpai ia di sekitar rumah..hidup berdekatan rumput-rampai..hihi



Everything has its beauty, but not everyone sees it.

Everyone has their beauty, but its up to them how to cherish it.

Whatever you are, be proud of it.





it's true right?
saying less this time.
























i am sorry
let's continue our habitual doing









ohhhoo!!!!!
what a dream that i had..again!
kinda happy this time =)
craving to know?
ngehehe~











































Tuesday, March 13, 2012

seharum kasturi

ini ialah pokok limau kasturi..bunganya dan buahnya
experimenting with Haiiro ;)



Kisah Mashitah - Penyisir Rambut Puteri Firaun


Meneliti kisah Firaun yang memerintah Mesir pada zaman Nabi Musa AS diutus menjadi Rasul tidak akan melepaskan diri kita daripada membicarakan mengenai seorang wanita yang mempunyai keimanan, kesabaran dan kerelaan terhadap segala ketentuan Allah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Wanita itu dikenali sebagai Mashitah.

Mashitah bekerja sebagai pelayan raja dan tugasnya yang khusus ialah sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Beliau menyahut seruan Islam yang dibawa Nabi Musa AS tetapi keislamannya disembunyikan agar hidupnya tidak diganggu.

Umum mengetahui Firaun - raja Mesir ketika itu mengaku dirinya tuhan dan memaksa rakyat menyembah dan memperhambakan diri kepadanya. Sesiapa yang ingkar suruhan dan perintahnya akan disiksa atau dibunuh.

Dengan takdir Allah SWT, rahsia Mashitah yang selama ini menyembunyikan keislamannya terbongkar. Hal ini terjadi pada suatu hari ketika Mashitah menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun. Tiba-tiba sikat itu terjatuh dan dengan tidak sengaja beliau menyebut nama Allah.

Perkataan Allah yang terkeluar dari mulut Mashitah itu didengar puteri Firaun. Lantas ia bertanya apakah maksud perkataan tersebut. Pada mulanya Mashitah teragak-agak dan enggan menjawab pertanyaan itu. Tetapi selepas berkali-kali didesak puteri Firaun itu, beliau menyatakan dengan tenang: “Allah adalah Tuhanku dan Tuhan sekalian alam.”
Alangkah terkejutnya puteri Firaun dengan penjelasan Mashitah itu. Tidak disangkanya ada lagi Tuhan selain daripada Firaun. Ini mendorongnya untuk menceritakan apa yang terjadi kepada Firaun.

Mashitah dipanggil dan penyiasatan dijalankan. Selepas jelas kepada Firaun bahawa Mashitah memeluk agama Islam yang dibawa Nabi Musa dan tidak mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka dengan kekuasaan yang ada padanya, Firaun menghukum Mashitah dan keluarganya yang memeluk Islam.

Sesungguhnya sumbangan dan jasa Mashitah kepada Firaun amat besar. Selain menjadi tukang sikat kepada puteri-puteri Firaun, Mashitah juga mengasuh dan mengurus istananya (Firaun). Tetapi jasa Mashitah tidak dikenang Firaun.

Hukuman bunuh yang dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya itu dianggap sebagai satu ujian dan dugaan daripada Allah. Tuhan hendak menguji sejauh mana ketabahan iman Mashitah. Kesediaannya menghadapi dugaan jelas terbukti kerana Mashitah, walaupun memiliki fizikal yang lemah, beliau mempunyai kekuatan jiwa yang tidak dapat ditandingi wanita lain.

Mashitah dengan lapang dada menerima apa saja yang dilakukan manusia kufur, sombong, bongkak dan tiada berhati perut. Sudah menjadi lumrah alam, manusia yang lemah akan terus ditindas dan diseksa jiwa dan hatinya.

Hukuman yang akan dikenakan ke atas Mashitah dan keluarganya ialah mereka akan direbus hidup-hidup. Hamman, menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk melaksanakan tugas itu mengarahkan pegawainya menyediakan sebuah kawah besar. Air dimasak sehingga mendidih.

Selepas persiapan disediakan, Mashitah dan keluarganya dipanggil untuk mengetahui sikap dan pendiriannya. Mashitah dan keluarganya diberi kata dua oleh Hamman - menyembah Firaun kembali atau dihumban ke dalam kawah jika terus beriman kepada Allah.

Secara tegas dan tenang Mashitah menyatakan pendirian dan keimanannya. Mereka akan terus beriman kepada Allah.
Mendengar jawapan tegas darpada Mashitah itu, Hamman memaksa Mashitah dan keluarganya terjun ke kawah yang airnya menggelegak panas itu.

Orang pertama yang dicampak ke dalam kawah ialah suami Mashitah, diikuti tiga anaknya. Anaknya yang keempat yang masih bayi itu dibiarkan berada dalam kendongan Mashitah. Alangkah sedih, hiba dan sayunya hati Mashitah melihat suami dan anak-anak terkapai-kapai di dalam air yang menggelegak itu.

Melihat keadaan Mashitah dan anaknya yang masih merah itu, syaitan mengambil kesempatan menggodanya. Dibisiknya ke telinga Mashitah rasa kasihan dan simpati terhadap anak-anaknya yang tidak tahu apa-apa itu. Ini menyebabkan hati Mashitah serba salah - sama ada hendak terjun atau tidak ke dalam kawah bersama-sama anaknya itu.

Tetapi kudrat Allah mengatasi segala-galanya. Dengan spontan Allah menjadikan anak Mashitah yang kecil itu kebolehan untuk berkata-kata. Didorongnya ibunya, Mashitah supaya segera terjun ke kawah. Antara lain kata-kata anaknya: “Wahai ibu! Marilah kita menyusul ayah. Sesungguhnya syurga menanti kita.”

Mendengar kata-kata anaknya itu, Mashitah dengan penuh rasa kehambaan lantas terjun ke dalam kawah yang sedang menggelegak airnya. Pengawal mengacau kawah dengan sudip besi seperti mereka merebus ikan. Matilah Mashitah bersama-sama suami dan anak-anaknya demi untuk mempertahankan keimanan dan akidah mereka yang suci.

Tetapi Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sebarang kezaliman dan kekejaman tidak dibiarkan berlaku begitu sahaja. Allah telah meruntuhkan kerajaan dan istana Firaun di mana Hamman dan pegawai-pegawai yang membunuh Mashitah dan keluarganya mati terperangkap dalam runtuhan istana tersebut. Takhta dan harta benda semuanya tenggelam dan hilang.

Hamman dan pegawainya diberi balasan setimpal dengan apa yang mereka kerjakan. Manusia yang ingkar memang wajar dimatikan dalam keadaan hina. Dan di akhirat kelak kehinaan yang lebih hebat akan mereka terima dan rasai.

Sebaliknya Mashitah dan keluarganya akan dimuliakan Allah. Walaupun mereka hidup susah, hina dan menderita di dunia, di akhirat kelak mereka akan hidup dalam keadaan bahagia dan gembira.

Ketika berlaku peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah telah melalui satu makam yang baunya harum bak kasturi. Malaikat Jibrail yang mengiringi Rasulullah telah memberitahu baginda itulah makam Mashitah, seorang penghuni syurga.


sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-226089.html

-->Allahuakbar..makamnya bau semerbak seharum kasturi..indahnya ganjaran tetap berpegang teguh kepada kebenaran Allah SWT.. 

Thursday, March 08, 2012

success dan solat

ihsan dari pakcik google




alhamdulillah
telah berjaya sedikit berlawan dengan rasa negatif di dalam
yang sangat meronta ingin ke luar (?)
haha
alhamdulillah
thanks for the support and advice given
dan juga tadi kerana termotivasi dengan seorang adek itu :)
dan juga dapat melawan rasa yang satu lagi itu
dan alhamdulillah dapat melakukan apa yang ingin dilakukan :)
itu baru success yang maha sedikit
sangat banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan malam ini dan juga esok sebelum bertolak ke hometown for..holiday! yeay!hihi

untuk anda semua
kita perlu melawan dengan sepenuh hati dan sepenuh tenaga godaan-godaan kemalasan dari syaitanirrajim itu
kalau kita sendiri yang tidak berusaha untuk melawan godaan dari mereka itu, siapa lagi yang mampu berbuat demikian untuk diri kita kan?













sedikit perkongsian daripada kuliah Ustazah Suhana semalam
orang perempuan atau wanita ni suka solat
rata-ratanya jaga solat lima waktu
ramai yang rajin datang solat di surau atau di masjid
macam kita boleh tengok waktu solat sunat tarawih di bulan puasa
tapi tak berapa ramai yang jaga solat di awal waktu dan kualiti solat
agak terasa disitu..wuwuwu~ semoga teguran itu akan membawa hikmahnya untuk terus berubah ke arah yang lebih baik
perkongsian ini pertama-tamanya adalah untuk diri si penulis ini sendiri
dan
semoga anda yang membaca boleh mengambil sedikit isi daripadanya
kerana hidup kita adalah 
destinasi dan target kita ialah
untuk ke arah jalan-Nya yang benar
  


Wednesday, March 07, 2012

gambar lagi

KOT 2012 - 2/3/2012 - Padang IPG

comel je kan apabila pensyarah-pensyarah bermain sukaneka..kih3~
itu ketika momen mereka bermain satu permainan yang bernama
"Semakin Jauh Semakin Sayang"
cara permainan..well..seperti yang anda boleh lihat..hihi
macam-macam gaya pun ada
yang berskirt dan berblouse pun ada..hihi
yang pikul beg comel tu pun ade..hihi
yang sebelah tukang sambut balingan kasih sayang tu..
lagi la macam-macam gaya ada..hihi
saya suka tengok action and expression mereka apabila menyambut balingan tersebut
tambahan pula belon tersebut berisi air..hihi
effect menengok budak-budak junior ketika satu kem tempoh hari..hihi


















'if dat time come'
okay
that line can bring many interpretation to me
well
just hoping and praying everything will be smoothly planned by Him
and He grant everything that we wish for that it will be
insyaAllah..amin :)
sabar itu sememangnya sedang dilakukan di ketika dan saat ini juga