my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 17, 2010

sedikit renungan di bulan barakah..

11 jenis manusia didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Tuesday, August 10, 2010

senyum

senyum itu sedekah
senyumlah setiap pg utk memulakan hari dgn penuh ceria...
senyumlah ketika berduka erana ianya penawar...
senyumlah ketika sakit, ianya penyembuh...
senyum merapatkan silaturrahim...
jd...
senyum-senyum lah selalu...

maafkanku...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 09, 2010

syurga cinta

quote yg aku dpt extract dr movie syurga cinta...
yg aku bru lepas hayati minggu lepas...
menonton & menghayati dua benda yg berbeza...
menghayati membuat kita dpt memahami mesej dlm setiap movie..

'cinta yg apabila kamu melihat ke matanya, lalu turun ke hati...lalu membuahkan rasa cinta, lalu kamu meminangnya dan menikah...yg itu dinamakan syurga cinta'

semua manusia mengharapkan cinta manusia kerana menganggap cinta manusialah yg akan membahagiakan kita...
memang benar..,
tp tanpa cinta Allah & tanpa mencintai Allah, kebahagiaan itu belum lengkap..

begitu juga aku...
mencari cinta dunia & manusia...
tanpa sedar yg Allah mencitai aku sblm aku dilahirkan ke dunia lg...
betapa hinanya diri ini kerana melupakan si Dia Maha Pencipta, Ya Rabbi
tanpa cintaNya aku tidak mungkin hidup hingga ke hari ini...
tanpa cintaNya aku tidak akan diberi peluang utk memohon keampunan & dikurniakan hidayahNya...
Ya Allah...
terimalah taubat hambaMu
sesungguhnya aku tidak layak untuk syurgaMu...namun tidak pula aku sanggup menanggung siksa nerakaMu...dr itu kurniakanlah keampunan kpdku, ampunanlah dosaku...sesungguhnya Kaulah pengampun dosa2 besar...

cinta akan datang selepas kita mencitai Allah...
x perlu gusar jika kita belum bercinta...
kerana itu tandanya Allah mencintai kita...
Dia ingin mengelakkan kita dr terjebak ke arah kemaksiatan & mengelakkan kita dr fitnah dunia & manusia...

fitrah manusia normal punyai rasa utk mencintai & dicintai oleh seseorang...
tunggulah & sabarlah hingga kita dpt mencintai suami & dicintai oleh suami di alam rumah tangga dlm hubungan yg halal lg diredhaiNya...
sesungguhnya waktu di usia remaja adalah waktu paling mencabar...
sesiapa yg dpt mengawal & menjaga dirinya dr terjebak maksiat akan beroleh keberkatan di peringkat usia yg seterusnya, iaitu dewasa...

aku ingin menantikan syurga cintaku,...
Ya Rabb,...
kurniakanlah seorang suami yg soleh kpdku,...bukan yg bernama Soleh semata2...
yg akan mendorong & memotivasikan aku lebih mencintaMu Ya Allah...
yg akan selalu mengingatkan aku utk melakukan amal ibadat...
yg saling berpesan2 ke arah kebaikan...
yg hubungannya dgn Allah & manusia...
yg menyayangiku, keluarganya & keluargaku...
namun ku bukan mengharapkan kesempurnaan...kerana bukan semua manusia sempurna kecuali Rasulullah s.a.w....
kerna aku juga tidak sempurna...
Amin Ya Rabbalamin...

Sunday, August 08, 2010

it's.....

it's coming again...
it stopping me from doing my work...
i can't do anything...
i can't stay focus to my work...
how could it disturb me like this?
i wanna do some work...
please go first...
u can come later on when i'm free to cope with u...

go...

go...

go...

go this feeling...

Teman Tapi Mesra

ni lagu Teman Tapi Mesra versi qlate dgn t'ganu...

aku amik kat website lain...bkn translate sndri...

blh la nok try nyanyi dlm bhasa qlate ngn t'ganu...


VERSI QLATE

kawe punyo saing
saing sepermaine
Kemano ado dio selalu ado kawe

Dio amak come
Jugo baik hati
Dio selalu ado waktu
Untuk tulong kawe

(2)
Namung kawe bengooww
Ketiko dio ghoyak cinto
De dio jugok ghoyak
Tuk ingin jadi gewe kawe

Reff :
Cukup lah sajow saing nge kawe
Jange demo mitok lebih
Kawe tok ser mengcintai demo
Kito bersaing sajo
saing tapi mesro

kawe meme berkene pado diri demo
Namun kawe ado gewe doh
Lebih baik kito bersaing sajo
Kito bersaing sajo
saing tapi mesro..

VERSI T'GANU

Aku ade temang
Temang sepemainang
Kat ane ade die sokmo ade aku

Die manih letieng
Hati die pong baik
Die sokmo ade mase
Nok tulong akuu

(2)
Tapi aku bengong
Mase die kabo nok kaseh
Pahtu die kate pulok
Nok jadi kaseh betol

Reff :
Aku kabo padang la kite kawang saje
Mung jangan mitok lebih2
Aku dok akang suke ke mungnye
Kite jadi kawang cukup ar
Kawang tapi kacip

Benonye aku suke gok ke mung
Tapi ade doh org cHop aku
Baik kite kawang je
Kite saing doh la
Kawang tapi kacip molek
ke guane...



Friday, August 06, 2010

haha

PANTUN- Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.

Baling here... baling there..


Before marriage.

I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '

Lagi lama married.
You die I help you!


Before marriage.

You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .

You go anywhere. . up to you .

Lagi lama married.

You go anywhere, better u got lost!!


Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

it's coming!!!

oh....
it's coming again!!!
can i just erase it from my life?
i don't wanna get involve with it yet now...
maybe soon...
after five years...
when i'm really ready for it...

Grunge Heart Icon


ok...
i'm on it
and going over it...
need some peace right now...
can't wait to go to ipoh again...
to find some peace there...

Thursday, August 05, 2010

tamatlah riwayatnya...

uwaaaa......
sedihnya...

akhirnya tamatlah riwayat gelas pemberian kawanku semasa birthday aku...
aku sayang sgt gelas tu...
die bg mase aku form four...
dh 4 taun aku guna...
sedihnya x dapat menyimpan lama hadiah pemberian kawan...
bg aku hadiah pemberian seorang kawan sangat bermakna dlm hidup aku...terutamanya sekali jika diberi semasa birthdayku...
tapi,..apakan daya...manusia hanya merancang, Allah jua yg menentukan...




sama juga dgn bercinta...
kita hanya merancang, Allah jua yg menentukan...
orang yg telah bertunang blh putus tunang, ada juga yg pada hari perkahwinan pun putus tunang...inikan baru bercinta...
time bercinta, cinta sakan...rela berkorban tenaga, masa dan wang,...andaikan masa yg terbuang itu digunakan utk bertilawah al-Quran, berzikir atau mengingati kebesaran Allah...dan masa yg tenaga yg terbuang itu digunakan utk membuat kerja2 yg perlu disiapkan,...dan wang yg terbuang itu digunakan utk menyenangan hati ibubapa kita spt menelefon mereka drpd bermesej yg x pernah sudah2 dgn pakwe/makwe masing2...

walaupun aku xhanyut dlm alam percintaan yg penuh fantasi semata2, tp kadang aku juga terlalai dgn hasutan dunia spt bermesej bnda yg x berfaedah dgn kwn2...
aku menegur sambil mempebaiki diri aku sndri juga...
kerana sesungguhnya yg baik itu datang dr Allah, dan yg buruk itu dr aku manusia yg lemah ini jua...

salam jihad fi sabilillah dan salam kebangkitan islam semua...