my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Saturday, September 24, 2011

Mencari Rezeki


وَ مَا مِنْ دَآبَّةٍ فِى الْاَرْضِ اِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَ عَهَا
Surah Hud (11) : ayat 6

maksudnya:
"Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin dijamin Allah rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya."

Allah mengetahui semua tentang semua makhluk ciptaannya dan menetapkan rezeki makhluknya hatta seekor semut sekalipun.



فَاِ ذَا قُضِيَتِ الصَّلَوةُ فَا نْتَشِرُوْا فِى الْاَرْضِ وَابْتَغُوْا مِنْ فَضْلْ اللَّهِ وَذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
Surah Al-Jumu’ah (62) : ayat 10

maksudnya:
"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung."
(ini ayat yang kamu cakap hari itu)



مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيْزُا الْحَكِيمُ
Surah Fatir (35) : ayat 2


maksudnya:
"Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijasana."

apa saja rahmat Allah yang Allah anugerahkan pada kita, ada hikmahnya..termasuk juga ujian/masalah dan sebagainya kerana Dia Maha Mengetahui 



لَا نَسْئَلُكَ رِزْقًا نَحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
Surah Taha (20) : ayat 132
maksudnya:
"Kami tidak meminta rezeki  kepadamu, Kamilah yang memberikan rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa."

Allah lah jua yang mengurniakan rezeki kepada kita.
*akibat yang baik di akhirat - kesudahan yang baik di akhirat




وَ مَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَحَسْبُهَ
Surah At-Talaq (65) : ayat 3

maksudnya:
"Da barang siapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya."

tapi bukan bermakna hanya bertawakal tanpa berusaha untuk melakukan sesuatu pun
kita perlu berusaha dalam mencapai sesuatu di samping bertawakal sepenuh hati kepada Allah
manakan nasi akan datang kepada kita jika kita tidak pergi mencarinya dalam periuk nasi kan? hihi



وَ مَنْ يُّهاجِرْ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ يَجِدْ فِى الْاَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيْرًا وَّسَعَةً
Surah An-Nisa (4) : ayat 100

maksudnya:
"Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak."

seseorang yang berhijrah ke jalan Allah semata-mata kerana Allah dan untuk mencari redha-Nya tidak akan pernah merasa sedih(atau lain-lain perasaan negatif) bahkan dia akan merasakan ketenangan




*sambil menaip sambil dengar Ikim.fm, dan terdengar satu kisah tentang burung Hud Hud..yang menjemput Nabi Sulaiman a.s. dan seluruh bala tenteranya untuk menghadiri 'jamuan' di tempatnya..apabila Baginda dan bala tenteranya sampai, burung Hud Hud tersebut terbang entah ke mana buat seketika dan kembali dengan seekor belalang di paruhnya..burung Hud Hud tersebut kemudiannya melemparkan belalang itu ke dalam laut..kemudiannya dia menyatakan bahawa.."makanlah isi daging belalang itu, jika kamu semua tidak dapat merasakan dagingnya, dapat merasakan kuahnya pun sudah cukup"(begitulah lebih kurang dialognya)
--> betapa bijak burung Hud Hud ini bermuslihat...bagi anda-anda semua, apakah moralnya di sebalik kisah burung Hud Hud ini??


p/s: dekat 2 jam(errrr) jugak nak taip entry nih..sebab terpaksa guna 'Online Arabic Keyboard' utk taip ayat al-Quran tersebut..susah seyh..fuuhh...alhamdulillah..siap jugak akhirnya :D xDD



No comments: