my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 19, 2012

dugaan..lagi?



oh dugaan
walau sekecil mana pun ia hatta hingga sebesar mana pun 
tetap dugaan..ujian..
dan pastinya lah
ianya dari Pencipta kita semua, Ya Rabb
tujuannya
tak lain tak bukan
untuk menguji kita
dan menilai tahap ketakwaan kita kepadaNya
dan menapis hamba-hambaNya yang terbaik
untuk mengisi tempat di syurga Firdaus
Allahu Allah
siapa yang tidak mahu mendapat tempat di syurga Firdaus
tidak terkecuali insan hina yang sedang menulis ini
tapi
berusaha
berusaha
berusaha
dasar TAKWA itu penting
perlu ada dalam diri


dugaan...ianya mengajar kita erti kehidupan yang sebenar
kerana jika kita refleks kembali..
setiap dugaan itu pastilah ada hikmah disebaliknya
nah!
itulah yang mengajar kita tentang kehidupan


dan disebalik menghadapi dugaan/ujian ini
kita perlulah tidak melupakan Dia
jangan sesekali lupakan Dia
dan juga..
jangan jadi 
ketika ditimpa dugaan/ujian/kesusahan sahaja kita mengingati Dia, tapi ketika mendapat kesenangan..ingatkah kita pada Dia? bersyukurkah kita? 
(oh..ingatkah aku..astaghfirullahalazim)
jadi
kita perlu pandang dugaan/ujian ini dari sisi yang positif
iaitu Dia menguji kita kerana ada sebab-sebabnya yang tertentu
ingatlah kebesaran Dia


setelah penerangan di atas berkenaan dugaan
Di telah pun menerangkan di dalam surat cintaNya kepada kita

Allah swt berfirman:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan?
Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahuiNya mengenai orang yang berdosa.”
(Surah Al-Ankabut: ayat 2-3)


tadabbur..fahamilah..hayatilah..dalamilah ayat cintaNya ini