my life journey

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, March 27, 2012

Surah Al-Insyirah

thanks to Nero


 Surah Al-insyirah
merupakan surah yang ke-94 dalam al-Quranul Karim
terdiri daripada 8 ayat 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
 Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
 Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
 
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
yang memberatkan punggungmu?  

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.  
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,    
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan 
sungguh-sungguh (urusan) yang lain, 

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

  
fahamilah dan hadam maksud ayat-ayat dalam surah ini betul-betul
di dalam surah ini terdapat penegasan ayat yang ke-5 dan ke-6
iaitu "bersama kesulitan itu ada kemudahan"
sesungguhnya Allah SWT menurunkan bebanan atau ujian bersesuaian dengan kemampuan diri kita
jadi berlapang dadalah
sesungguhnya bagi setiap kesulitan itu ada kemudahan atau kesenangannya
Allah SWT jua Yang Maha Mengetahui


untuk bacaan dan pemahaman yang lebih tentang surah ini
sila klik SINI dan SINI
 

No comments: